Tentang Kami

Ucapan Pengarah

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Ladang Lembu Kaisar mempunyai impian besar untuk menjadi pemimpin dalam industri ternakan lembu, memberikan masyarakat akses kepada daging lembu berkualiti tinggi, dan mempromosikan kelestarian alam sekitar. Tanpa sokongan, minat, dan keyakinan anda, impian ini tidak akan dapat direalisasikan.

Kami berterima kasih kepada anda kerana mengambil masa untuk mengenali visi dan matlamat syarikat kami. Komitmen kami kepada kesejahteraan lembu dan kecemerlangan dalam setiap aspek operasi kami adalah sesuatu yang kami banggakan. Harapan kami ialah anda juga terinspirasi dengan nilai-nilai yang kami anuti dan bersedia untuk menyokong kami dalam perjalanan ini.

Teruslah berhubung dengan kami, sertai kami dalam meneroka kemungkinan-kemungkinan baru, dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang berusaha untuk membawa perubahan positif dalam industri ternakan. Kita bersama-sama dapat mencapai kecemerlangan yang diidamkan.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda. Kami berharap dapat bekerjasama dengan anda dalam masa akan datang.

Yang Benar,
Dato’ Seri Haji Norazam Shah

Rakan Strategik

Pasukan Kaisar farm

Syarikat Ladang Lembu Kaisar adalah organisasi yang komited untuk meningkatkan penghasilan lembu Kaisar dengan semangat, kesungguhan, dan komitmen tinggi. Pasukan mereka terdiri dari individu yang berpengetahuan dalam bidang ternakan lembu dan berhasrat memajukan industri ternakan serta memenuhi keperluan masyarakat akan daging lembu berkualiti tinggi.

Kami percaya bahawa kunci kepada kejayaan kami adalah melalui kerjasama, inovasi, dan penekanan terhadap kesejahteraan lembu serta kelestarian alam sekitar. Kami mengutamakan kesejahteraan lembu dengan menyediakan persekitaran yang optimum dan memberikan nutrisi terbaik untuk memastikan pertumbuhan yang sihat dan kualiti daging yang cemerlang.

visi

Menyediakan produk lembu pedaging dan membina perniagaan yang mampan untuk menyokong industri lembu pedaging serantau.

misi

Meningkatkan kecekapan pengeluaran, meningkatkan kebajikan haiwan, dan menyediakan produk daging lembu berkualiti tinggi kepada pengguna.

TERIMA KASIH

kepada pelanggan kami

1500+ ekor lembu menanti anda di ladang kami Chuping, Perlis